Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan :)
Hari ini saya ingin konsikan tentang keburukan memakai kasut tumit tinggi.
Of course lah setiap benda ada kebaikan dan keburukannya dan saya pasti juga kasut tumit tinggi ada kebaikannya yang tersendiri cumanya saya ingin beritahu beberapa keburukannya supaya kita tidak terlampau mengagung-agungkan kasut tumit tinggi ni.
Bukannya apa, ramai wanita di luar sana yang sanggup mendera kaki mereka semata-matanya ingin kelihatan tinggi, menarik, menawan, seksi dan sebagainya. Tapi sedarkah anda bahawa memakai kasut tinggi ini banyak membawa elemen negatif untuk kesihatan anda?
Apa yang wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar, pemakaian kasut tinggi merosakkan badan mereka.
Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku
lali, pelbagai lagi masalah disebabkan oleh kasut bertumit tinggi
seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot
betis memendek dan sakit belakang yang kronik.
Kaki adalah asas badan yang perlu dijaga dengan betul agar tidak mengganggu sistem lain yang menjejaskan kesihatan.
Masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut tumit tinggi
antaranya bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke
arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di
sebelah ibu jari kaki.
Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa timbul terutamanya ketika
memakai kasut yang bertutup di hadapan dan runcing sehinggakan ada kes
memerlukan pembedahan, bergantung kepada tahapnya.
Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari
ketiga dan keempat menyempit lalu menyebabkan kesakitan pada saraf.
Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan.
Betis turut akan memendek dan tegang akibat tumit tertolak ke atas
dan akibatnya kaki sering mengalami kekejangan dan sakit di bahagian
tumit.
Kasut tumit tinggi turut menyebabkan kesakitan akibat saraf bengkak
atau menebal pada bola kaki yang digelar morton’s neuroma, pembesaran
tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer).
Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai
kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang.
Menggunakan kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

No comments:
Post a Comment