Friday, 18 April 2014

Surah al-Kahfi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat :) 
Semoga dipermudahkan segala urusan pada hari ini dan hari-hari mendatang ;)
Bersempena hari jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan kelebihan membaca Surah Al-Kahfi.  Surah Al-Kahfi yakni beerti gua adalah surah yang ke 18 didalam Al Quran yang mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan Al-Kahf kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah selama lebih 300 tahun, demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid sebagaimana firman nya :



Maksudnya:
Atau kamu mengira bahawa orang orang yang mendiami gua dan yang mempunyai raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda Kami yang menakjubkan? [QS. Al-Kahf : 9]


Keutamaan Membaca Surat Al-Kahfi di Hari Jumaat

Dari beberapa riwayat di atas, bahawa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.



Balasan kedua bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat berupa ampunan dosa antara dua Jumaat. Dan boleh jadi inilah maksud dari disinari di antara dua Jumaat. Karena nurr (cahaya) ketaatan akan menghapuskan kegelapan maksiat, seperti firman Allah Ta’ala:

إن الحسنات يُذْهِبْن السيئات

Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.” (QS. Huud: 114)

Surat Al-Kahfi dan Fitnah Dajjal

Manfaat lain surah Al-Kahfi yang telah dijelaskan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah untuk menangkal fitnah Dajjal. Iaitu dengan membaca dan menghafal beberapa ayat dari surat Al-Kahfi. Sebahagian riwayat menerangkan sepuluh yang pertama, sebahagian keterangan lagi sepuluh ayat terakhir.

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,  “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bahagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93)
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat/ berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal. Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah:

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ

Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” QS. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)


No comments:

Post a Comment