Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat :)
Ha, pernah dengar tak yang kita sebenarnya boleh menjemput rezeki dengan berdoa?
Hal ini disebabkan, apabila lidah kita sudah terdorong untuk berdoa, maka maknanya sudah ada tanda-tanda Allah mahu memberi sesuatu kepada kita. Jadi jangan lepaskan peluang itu. Teruskan berdoa dan berdoa. ^_^
Walau bagaimanapun, terdapat waktu tertentu yang mana lebih mustajab doa, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Antara waktu mustajab berdoa adalah:
1.Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4
pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim,
Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya
ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya
bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di
antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara
hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya".
Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat
afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
2.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
3.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana
yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan
membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita
berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula
diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap
jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di
antara satu sama lain.
4.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh
itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk
dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.
5.Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
6.Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi
Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita
mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud
mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua,
ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud
untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang
ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa
Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab
akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah
termasuk As-Syafi'e rahimahullah.
7.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. InsyaAllah.
Selamat beramal :D
INS. 1 APRIL 2014.
.jpg)
No comments:
Post a Comment