Sunday, 30 March 2014

Apam polkadot :D

<3 Apam Polkadot <3

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat <3
hmm hari ini saya mencuba resipi apam polkadot <3 hee banyak pula love shape. -.- Sebenarnya dah tiga kali cuba resipi ni tapi kali ke-3 baru berhasil.hehe First trial, apam merekah, 2nd trial, apam bantat.err macam tak mengembang. kali ke-3 baru lah nampak bentuk apamnya.huhu anyway, yang bawah ni gambar hiasan je.hee gambar sebenar tak secantik ni ngee



Resipi Apam Polkadot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur - dari peti sejuk gred A
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara


  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak
SELAMAT MENCUBA :)

INS. 30 MARCH 2014. 

No comments:

Post a Comment