Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua :)
Hari ini saya nak kongsikan kebaikan madu =)
hmm setiap hari sebelum mengambil sarapan, saya akan minum madu terlebih dahulu. kenapa ea? ha, sebab madu ada banyak kebaikannya yang mungkin kita tak tahu. Madu yang saya amalkan adalah madu brand khaula. hanya satu sudu setiap hari sebelum sarapan.Bagi yang tidak suka rasa manis madu boleh diambil sesudu madu dan dikacau bersama sedikit air masak.hee selamat bermadu! ehh xD
Melegakan sakit tekak dan batuk
Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai
penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana
madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu menghalang jangkitan
bakteria dan mengurangkan kesakitan.
Merawat luka dan cedera ringan
Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.
Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang
pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan
mempercepatkan proses penyembuhan.
Baik untuk sistem pencernaan badan
Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh
mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan
sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk
melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.
Menjadikan kulit lebih cantik
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh
mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru
melahirkan anak, mereka disyorkan mengambil madu bagi menganjalkan
kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.
Kegunaan lain
Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan
rambut, membunuh kutu dan menghilangkan kelemumur. Jika digunakan untuk
menggosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.
Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak
sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan kuman dan kulat.
Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam
Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada
lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di
pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh
manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan
niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya
daripada 77 penyakit.
“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil
mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya
kurang, ia tidak mengurangkan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia
boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.
Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.
Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.
Lelaki itu hanya mengambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa
kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil
tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.
Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya
belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu
tidak mencukupi.
Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.
Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif
seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang
bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan
kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai
harganya. :)
INS. 19 MARCH 2014.

No comments:
Post a Comment