Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat :) Apa khabar sahabat? hari ini cik iman ni berkongsi mengenai bersangka baik.(bersangka baik ke..berbaik sangka? erkk) ha, so apa itu sangka baik? apa faedahnya? perlu ke kita berbaik sangka?
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”
Sangka baik terhadap AllahBerprasangka baik terhadap Allah swt dengan menerima apa yang telah diberikan Allah baik itu menyenangkan atau yang tida menyenangkan, sekecil apa pun kesulitan yang dihadapi. Sikap berbaik sangka terhadap Allah harus diutamakan. Kita harus menerima dengan ikhlas apapun takdir yang telah ditetapkan, baik itu merupakan takdir baik mahupun takdir buruk.
Antara tindakan bersangka baik terhadap Allah swt ialah
- Mencintai Allah swt dengan dibuktikan dengan perbuatan kita. kita senang melakukan suruhan-Nya dan senang dengan orang-orang yang menjalankan perintah-Nya.
- Taat kepada Allah swt. menjalankan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
- Selalu memohon ampun (bertaubat) kepada Allah swt.
Sangka Buruk Yang Harus
Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga‐jaga dari berlakunya musibah‐musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan,kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta
kita. Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak‐anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.
Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan
sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita.Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpamengorbankan pihak‐pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak. :)
INS. 23 MARCH 2014.
No comments:
Post a Comment