Oleh kerana saya adalah pelajar ekonomi^^ hee, jadi saya ingin konsikan dengan kalian semua tentang topik kos pengeluaran. Topik tersebut adalah dibawah subjek Mikroekonomi. So jomm berekonomi :D
KOS PENGELUARAN
Kos Ekonomi ATAU Kos melepas adalah nilai pilihan terbaik dari penggunaan sesuatu sumber.
- Kos ekspisit adalah bayaran langsung yang dibuat oleh firma untuk sesuatu input dalam sesuatu jangka masa. Contohnya: gaji pekerja, bayaran untuk bahan mentah.
- Kos Implisit (kos tersirat/kos ekonomi/kos melepas) adalah kos penggunaan input yang tidak mempunyai harga eksplisit. Contohnya: nilai masa kerja pemilik firma.
Bahan tahan lama adalah bahan yang boleh digunakan bertahun-tahun.
Kos lesap (Sunk Cost) adalah perbelanjaan yang tidak dapat ditebus semula apabila telah dibelanja.
Ukuran Kos Jangka pendek.
Kos tetap (F) adalah perbelanjaan untuk pengeluaran yang tidak berubah dengan perubahan output.
Kos berubah (VC) adalah perbelanjaan untuk pengeluaran yang berubah mengikut perubahan output. Contohnya buruh.
Kos (jumlah kos,C) adalah perjumlahan VC dengan FC.
Kos Sut. (MC)
Kos sut (MC) adalah jumlah perubahan kos sesebuah firma bila satu unit tambahan output dikeluarkan.
MC = perubahan C
perubahan q
Oleh kerana hanya kos berubah yang berubah apabila output berubah, maka:
MC = perubahan VC
perubahan q
Average Costs.
Kos tetap purata (AFC) adalah kos tetap dibahagi dengan unit output yang dikeluarkan:
AFC = F/q
Kos berubah purata (AVC) adalah pembolehubah kos dibahagikan dengan bilangan output yang dikeluarkan:
AVC =VC/q
Kos purata (AC) adalah jumlah kos dibahagi dengan bilangan output yang dikeluarkan:
AC = C/q
AC = AFC + AVC
No comments:
Post a Comment