Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan apa yang saya miliki sehingga berumur 20 tahun. hewhew
Saya mempunyai keluarga yang sayangkan saya, sahabat yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan, para guru dan pensyarah yang tidak lekang memberi ilmu sehinggalah saya pandai membezakan baik dan buruk, dan orang-orang di sekeliling saya yang sentiasa menyedarkan saya erti kehidupan yang sebenar. :)
Saya yakin apa yang berlaku adalah takdir Allah dan setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Bak kata cik iman, Allah always know the best for you so tak perlu gusar, risau, bimbang dan macam-macam lagi perkara yang negatif yang suka kita fikir. Bila kita ada cable paling besar dengan kita (Allah) maka segala keresahan pasti akan hilang. :)
Antara cita-cita saya adalah untuk beri manafaat pada kehidupan. Bagi merealisasikan cita-cita tersebut semestinya saya harus mempersiapkan diri saya dengan pelbagai ilmu, kemahiran bagi meningkatkan kegunaan diri.hehe Macam mana nak jadi orang yang berguna jika tidak mempunyai apa-apa untuk digunakan kepada masyarakat?
Dalam 10 tahun akan datang saya sudah bayangkan di mana diri saya berada pada waktu tersebut. Saya mengambil jurusan ekonomi di UKM dan sekarang saya berada pada tahun pertama. InsyaAllah dalam masa 2 tahun lagi iaitu ketika berumur 22 tahun saya akan menamatkan kehidupan degree saya.huhu Doakan ea supaya dipermudahkan urusan belajar saya ^_^ InsyaAllah saya juga akan mendoakan kalian agar berjaya di dunia & di akhirat. Amin.. :)
Perancangan saya selepas mengambil degree adalah ingin meneruskan Master dalam bidang yang sama.huhu
Saya amat berharap dapat menjadi Pakar Ekonomi Islam yang berjaya pada suatu hari nanti... ececehh :D
Saya hanya mampu merancang, Allah yang tentukan :)
Sebaik tamat Master, saya ingin menimba pengalaman bekerja terlebih dahulu dan berbakti kepada mak & abah saya yang Tercintaaa <3 hehe Setiap hari saya berdoa agar dipanjangkan umur mak & abah saya supaya saya sempat berbakti kepada mereka. Saya tahu pada masa sekarang juga boleh berbakti kepada mereka dengan menjadi anak yang baik, solehah dan menjaga hati mereka. Namun saya juga berharap saya dapat bekerja dan menggunakan duit gaji saya untuk membawa mereka ke Makkah <3 huhu sebak pulak tulis ayat ni. InsyaAllah.doakan ea? ;)
Di samping bekerja sebagai Economist di syarikat terkemuka (target saya Petronas hehe), saya ingin membuka my own BUSINESS..yeahh haha saya tidak pasti lagi perniagaan apa yang bakal saya buka cumanya saya minat perniagaan ala-ala bakery gituu..hehe disebabkan saya minat dessert dan kuih muih, roti dan jenis-jenis makanan macam tu jadi kemungkinan BESAR saya akan membuka perniagaan berorientasikan jenis-jenis makanan tersebut.. huhu yummyyyy :D
InsyaAllah saya akan berusaha sebaik mungkin namun rezeki itu datang dari Allah. Jika ada rezeki saya untuk buka perniagaan sendiri, Alhamdulillah syukur.. :)
Andd...of course lah saya dah berkahwin dalam masa 10 tahun akan datang.hehe and mungkin dah ada anak barangkali? hehe Doakan ea? terima kaseh ^_^ Ini bukan sebab hormon gatal terlebih ke apa, cumanya Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW.
"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.”
~ (Hadis)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” ~ (QS. Al Israa’ :32)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” ~ (QS. Ar-Ruum:21)Hehe..so haruslah berkahwin kan? ngeee
Hmm..ini adalah sebahagian daripada cita-cita saya pada masa akan datang. Moga apa yang dirancang dapat pertolongan daripada Allah swt.
Last but not least, moto hidup saya ialah DREAM BIG STRONG DESIRE. :)

No comments:
Post a Comment