Hari ini saya nak ceritakan tentang catur (chess). Waktu zaman sekolah menengah , saya amat aktif dan permainan catur ini. Saya mewakili sekolah ketika di tingkatan 4 dan 5. Oleh bagaimanapun, saya bukanlah nak ceritakan tentang penglibatan saya di sekolah tetapi tentang catur itu sendiri. Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur. Betulkah perkara tersebut?
Pandangan Mazhab Terhadap Permainan Catur
Permainan
catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga
ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian? Sekiranya
permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda,
semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah HARAM. Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat mazhab adalah seperti berikut:
- Hanafi : tidak dibenarkan, yakni haram.
- Maliki : tidak dibenarkan, yakni haram.
- Shafie : ianya makruh, bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan dari solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara yang buruk dan keji.
- Hanbali : catur sama seperti nard (sejenis permainan berpapan seperti catur yang menggunakan buah dadu sebagai taruhan nasib) dari segi hukum yakni haram, walaupun nas yang jelas adalah tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.
Pandangan Jumhur Ulama
Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al-Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya.
Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk
menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah.
Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharaman nard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nard bersandarkan kepada nasib semata-mata.
Pandangan Ulama Muktabar
Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi
berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana
permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut
dijaga oleh pengamalnya.
Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat:- Tidak boleh menunda-nunda sembahyang (leka), sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
- Tidak boleh dicampuri perjudian atau wang pertaruhan.
- Ketika bermain, lidah harus dijaga dari bercakap kotor, cabul dan menghina pemain.
Rumusan
Walaupun
begitu, penggunaan simbol-simbol catur yang menyerupai unsur-unsur
Kristian oleh umat Islam tidaklah sampai ke tahap jatuh AQIDAH. Jesteru itu, tindakan mematah-matah unsur Kristian pada buah catur adalah usaha diri kita sendiri di dalam membuktikan sifat sensitif umat Islam terhadap persekitaran sosial. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlulah peka dan mengambil pendekatan berwaspada agar kita tidak terlalu teruja dengan dakyah-dakyah pihak tertentu yang memutarbelit fakta berkaitan catur. Jadikanlah segala pandangan dan huraian para ulama sebagai panduan hidup kita. Sebarkanlah maklumat ini untuk pedoman kita bersama…
Semoga bermanafaat :)
Sumber Rujukan :
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/40346.html
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/05/kertas_drengku.pdf


No comments:
Post a Comment